SELAMAT HARI RAYA...Ya Allah...dah nak hari raya....kejap je..pejam celik pejam celik da sebulan rupanya aq berpuasa..bila sebut pasal raya,teringat la pulak pengalaman persiapan hari raya..Biasanya sambutan hari raya pada sebelum ni kami sambut dengan meriah..Seminggu sebelum raya , kami dah mula buat kuih raya ..Dari pagi sampailah petang kami duk mengadap kuih raya je..Petang tu mulalah merungut lenguh pinggang la apa la...haha..Macam mana tak penat,bukan sejenis kuih raya,berjenis-jenis kuih raya yang kami buat..Bila da penat,mulalah juadah berbuka puasa beli kat bazar je..
Bila pagi raya,kami biasanya bangun awal nak siapkan sarapan untuk pagi raya..Semua adik beradik pakai baju baru..gelak-gelak..ohhh meriahnya..pastu kitaorang bersiap-siap nak pergi sembahyang raya pulak..Biasanya kami dah rancang nak pergi masjid mana pada malam tu,,nak elak jem punya pasal..
Lepas habis je sembahyang raya..Kami bermaafan antara keluarga dan jemaah di masjid..Balik je dari masjid,kami akan singgah di perkuburan islam di kampung kami untuk melawat dan membacakan yasin di kubur arwah kak ngahku yang meninggal 5 tahun yang lalu dan arwah ibu saudara kesayanganku yang meninggal 2 tahun yang lepas..Al-Fatihah untuk mereka..:'(
Lepas balik dari kubur kami akan sarapan dan kami adik beradik akan mintak duit raya ngan mama dan abah dengan muka tak malunya..hehe..Lepas tu kitaorang memang tak lepas tangan..Tetamu datang tak putus-putus..Hari raya pertama baru keluarga yang datang..Bayangkanlah adik bradik mama ada sepuluh..abah ada 7 adik beradik..Tu baru mak saudara dengan bapa saudara,tak termasuk lagi sepupu sepapat..Ya Allah,boleh penuh satu rumah.
Bila malam,semua pakat tidur awal.Al maklumlah,penat melayan tetamu..kalau tak tidur awal pom,kami sekeluarga pakat tengok tv..biasanya malam raya ada cerita-cerita best..Masa ni lah kita nak luang masa bersama keluarga.Hari lain masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing sampai nak bersua muka pun tak sempat.
Akhir kata,saya mengucapkan selamat hari raya dan menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan..